Seperti tahun-tahun yang lalu, pihak JKKK dan Masjid menganjurkan program Bubur Lambuk pada setiap hari Ahad sepanjang bulan ramadhan.
Sunday, June 21, 2015
Sunday, June 14, 2015
Eco X Adventure Run
JKKK menghantar wakil bagi menyertai larian Eco X Adventure Run anjuran Nomad Adventure yg di adakan di Gopeng Perak. Tahniah buat wakil yang tersenarai dalam top ten.
Program Motivasi 'Cabaran Remaja Masa Kini'
Program motivasi sembang santai yang telah di sampaikan oleh pakar motivasi dengan tajuk Cabaran Remaja Masa Kini anjuran JKKK untuk anak-anak remaja qariah.
Saturday, June 13, 2015
Gotong Royong Kawasan Kubur/Mengecat Jambatan
Assalammualaikum w.b.t
Sekali lagi JKKK menganjurkan gotong royong membersihkan kawasan sekitar tanah perkuburan,mengecat jambatan,menebang pokok dan mengecat bumper di hadapan SKRH sebelum bulan Ramadhan bermula.
Sekali lagi JKKK menganjurkan gotong royong membersihkan kawasan sekitar tanah perkuburan,mengecat jambatan,menebang pokok dan mengecat bumper di hadapan SKRH sebelum bulan Ramadhan bermula.
Friday, June 12, 2015
Kem Kembara Jati Diri 2015
Tarikh: 10-12 June 2015
Tempat: Kem Jemaloi,Hutan Simpan Kenaboi,Jelebu N.9Anjuran: JKKK, Alumni SKRH & Biro Pemuda Masjid Rinching Hilir
Dengan lafaz alhamdulillah,puji-pujian kepada Allah swt yang telah mengizinkan keselamatan sepanjang pergi dan balik serta ketika berada di Kem Jemaloi,Hutan Simpan Kenaboi Jelebu.Semoga ianya akan memberi manfaat kepada semua peserta dalam menjana jati diri untuk kecemerlangan diri masing-masing di dunia dan akhirat.Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga kerana memberi kepercayaan kepada kami JKKK,Alumni SKRH dan Biro Pemuda Masjid bagi menjalankan kem kembara ini.Segala kekurangan harap di maafkan.Terima kasih tidak terhingga kepada penghulu mukim Beranang Tuan MOHAMMAD SAMSUDIN BIN HAJI SATAR dan juga pengerusi JKKK Tuan Hj Abd Malek Hj Ridzwan yang sanggup hadir untuk merasmikan program ini.Tidak lupa juga kepada penyelaras program Utz Zailani Hj Ridzwan serta semua pegawai dan krew yang terlibat khususnya cikgu SKRH Puan Razida dan Pn Nurul Izza yg sama-sama turut serta menjayakan program ini.Inshaa Allah jika di beri kepercayaan kami akan menganjurkan program seperti ini lagi di masa akan datang.
Para peserta di ajarkan cara memasang khemah |
Pengerusi JKKK, Tuan Hj Abd Malek Hj Ridzwan memberikan sedikit ucapan kepada peserta. |
Penghulu Mukim Beranang, Tuan Mohd Samsudin B Hj Satar merasmikan program Kem Kembara. |
Tuan Mohd Samsudin B Hj Satar memasang khemah peserta sambil di perhatikan oleh Tuan Hj Abd Malek Hj Ridzwan |
Tuan Hj Abd Malek mengimamkan solat Zohor |
Penyelaras program, Utz Zailani Hj Ridzwan menerangkan aturcara program sepanjang tiga hari |
Sebahagian peserta bergambar kenangan bersama Tok Penghulu Mukim Beranang dan Pengerusi JKKK sebelum keduanya pulang meninggalkan kem. |
Antara cabaran yang di tempuhi oleh kenderaan 4x4 |
Utz Zailani sedang menunjukkan cara memasak ayam yang di masukkan ke dalam buluh sambil di perhatikan oleh Tuan Hj Abd Malek |
Aktiviti Ice Breaking pada malam pertama dikendalikan oleh Utz Zailani |
Senaman pagi yang dikendalikan oleh saudara Mohd Syuwari B Mohd Saad |
Peserta memulakan aktiviti treking ke Jeram Lembah Berungut.Perjalanan hanya mengambil masa selama 40 minit. |
Peserta melalui kawasan yang lecah |
Peserta harus berjalan menyusuri sungai |
Antara para krew saudara Syuwari,saudara Hafiz dan saudara Anuar. |
Peserta tiba di Jeram Lembah Berungut |
Bermandi-manda di Jeram Berungut |
Aktiviti menyeberangi arus sungai menggunakan tali dan life jacket |
Bergambar kenangan di Jeram Lembah Berungut sebelum pulang ke tapak perkhemahan semula |
Aktiviti pertandingan perahu undur pada sebelah petangnya. |
Pertandingan menegakkan batu paling tinggi.Mohd Syuwari sedang mengukur ketinggian. |
Semua peserta di minta menegakkan satu batu sebelum tamat aktiviti petang itu. |
Para peserta bergambar kenangan sebelum mengucapkan selamat tinggal dan meninggalkan kem tersebut menandakan tamatnya kem. |
Bersiap sedia untuk menghantar para peserta keluar dari tapak perkhemahan ke Kg Chennah. |
Para peserta menaiki bas di Kg Chennah dan pulang ke Kg Rinching Hilir |
Labels:
camping,
cuti sekolah,
dun semenyih,
hutan simpan,
jelebu,
jemaloi,
kampung,
kem,
kenaboi,
kg chennah,
perkhemahan,
program,
rinching hilir,
selangor,
selangorku
Location:
Kenaboi, Negeri Sembilan, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)