| Pemangku Ketua Kampung En Hj Malek bersama-sama anggota polis menjalankan misi mencari di sekitar kawasan sehingga jam 4 pagi. |
Saturday, August 2, 2014
Hilang Ketika Mencari Bulu Lemang
Seorang warga penduduk Bukit Mahkota Bangi telah dilaporkan hilang selepas beliau bersama dua orang lagi rakannya mencari buluh lemang di satu kawasan pedalaman Kg Rinching Hilir.Lelaki tersebut dilaporkan hilang pada jam 6 petang 2 Ogos 2014 yang lalu. Pihak JKKK mendapat laporan pada jam 11 malam dan segera datang ke lokasi kejadian. Polis dan dua rakan yang bersama dengan lelaki tersebut telah menunggu. Anggota bomba dan JPAM telah dimaklumkan dan mereka bersama-sama menunggu untuk menjalankan misi pencarian.Pencarian di jalankan di sekitar kawasan termasuk menyusuri sepanjang sungai. Beberapa anggota JPAM dan JKKK telah melaungkan azan di beberapa lokasi. Usaha mencari gagal sehingga jam 4.00 pagi. Keesokannya usaha mencari di teruskan seawal jam 9 pagi dengan penambahan anggota polis,bomba,JPAM dan penduduk kampung serta dibantu oleh Unit Anjing Pengesan.Usaha tersebut masih lagi gagal.Yang dijumpai hanyalah sebelah selipar dan seluar dalam milik mangsa.Ini adalah kejadian kali ke tiga melibatkan kehilangan di kawasan tersebut dan dipercayai hilang disebabkan oleh makhluk ghaib.Akhirnya lelaki itu dijumpai apabila beliau telah berada di rumahnya di Bukit Mahkota.Mengikut cerita seorang penduduk Desa Mahkota telah menjumpai lelaki tersebut di sebuah jambatan dalam keadaan berbogel dan menghantar lelaki tersebut ke rumahnya.Lelaki yang berusia awal 40an itu berbogel adalah kerana menyedari dirinya telah di sesatkan oleh makhluk ghaib dan teringat akan petua orang tua-tua agar menanggalkan semua pakaian.
Saturday, July 26, 2014
Bantuan Hari Raya Kepada Warga Kampung
En Hj Malek Bin Hj Ridzwan telah menyampaikan sedikit bantuan hari raya kepada beberapa warga emas yang sedang sakit,tidak bekerja dan juga warga kampung yang telah berkhidmat dengan kampung sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Tuesday, July 22, 2014
Penyerahan Bantuan Kerusi Roda Kepada Mantan Ketua Kampung
Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr Che Rosli Che Mat bersama penyelaras DUN Semenyih En Hamidi A.Hassan beserta pemangku ketua kampung En Hj Malek B Hj Ridzwan telah menziarahi mantan ketua kampung iaitu En Hj Mohd Yusof B Hj Mardzuki yang sedang terlantar sakit di kediamannya.Dalam pertemuan yang singkat itu YB Dr Che Rosli Che Mat telah menyampaikan bantuan kerusi roda dan keperluan asas serta mendoakan kesejahteraan agar beliau kembali sembuh.
Sunday, July 6, 2014
Program Bubur Lambuk Ramadhan 2014
Program bubur lambuk yang diberikan secara percuma kepada penduduk Kg Rinching Hilir pada setiap hujung minggu dan cuti umum.
Tuesday, June 17, 2014
Program Kerjasama Bersama IKBN Langat
En Mazlan Bin Ahmad, Biro Pendidikan JKKK telah mengadakan kerjasama bersama IKBN program latihan di IKBN Langat untuk anak-anak muda kampung lepasan SPM. Pelbagai latihan ditawarkan oleh pihak IKBN.Majlis penyampaian borang permohonan oleh En Mazlan yang disampaikan oleh pemangku ketua kampung En Hj Malek B Hj Ridzwan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















