Friday, May 8, 2015

Doa Selamat Di Tapak Projek Eco Majestic

JKKK dan pihak masjid bergabung kerana diamanahkan oleh pihak Eco World untuk membacakan doa selamat di tapak projek Eco Majestic yang disertai oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Saidina Ali selepas solat Jumaat.


Menyembelih kambing di tapak projek oleh Pengerusi JKKK Tuan Hj Abd Malek B Hj Ridzwan


Pelajar dari Maahad Tahfiz Saidina Ali,Kg Rinching Hilir















Pengerusi JKKK Tuan Hj Abd Malek B Hj Ridzwan sedang berbincang bersama Projek Manager Eco World


Wednesday, April 29, 2015

Penurapan Jalan JKR B24

Terima kasih kepada pejabat khidmat Dun Semenyih En Hamidi A Hasan dan En Johari Tinin kerana berjaya mendapatkan permohonan untuk menurap baru jalan JKR B24 sepanjang 3km dari laluan masuk utama Kg Rinching Hilir sehingga ke Kampung Sungai Kembong Hulu.




Tuesday, April 28, 2015

Menaiktaraf Balai Raya

JKKK telah mengambil inisiatif bagi menaiktaraf balai raya kampung untuk di jadikan sebagai tempat pusat ilmu,sukan dan penduduk berkumpul.Kerja-kerja mengecat pagar dan pemasangan aircond sedang dijalankan.













Memasang aircond di pejabat Pengerusi JKKK/Ketua Kampung Tn Hj Abd Malek Hj Ridzwan






Monday, April 27, 2015

Wifi Percuma 'Selangorku'

Alhamdulillah, permohonan JKKK melalui penyelaras khidmat Dun Semenyih, En Hamidi A Hassan telah berjaya mendapatkan wifi 'Selangorku' secara percuma bagi kemudahan penduduk kampung melayari internet. Wifi tersebut telah di letakkan di balai raya kampung.Terima kasih kerajaan negeri Selangor.

Bagi penduduk yang ingin mengakses wifi tersebut boleh lah datang ke balai raya.

Langkah-langkah untuk mendapatkan wifi percuma:-

1. Switch ON wifi pada smartphone anda.
2. Smartphone anda akan 'auto detect' wifi bernama 'Selangorku' dan 'auto connect'.
3. Buka App 'browser' seperti Google Chrome,Firefox,Opera,Safari dll pada smartphone.
4. Taip pada 'Search Bar' perkataan 'Google Chrome'.Secara automatik akan keluar satu 'IP Address'.
5. Touch pada 'IP Address' tersebut dan satu portal web Selangorku akan terpapar.
6. Masukkan maklumat seperti Nama,Alamat,Email dan No Telefon seterusnya tekan butang 'LOG IN'.
7. Done.Anda tidak perlu lagi untuk melakukan langkah ini setiap kali ingin menggunakan wifi 'Selangorku' di masa akan datang.




Sunday, April 26, 2015

Pemasangan Maklumat Kampung Di Balai Raya

Pihak JKKK telah bergotong royong bersama-sama memasang maklumat tentang ketua kampung,blog,peta kampung dan sejarah kampung di hadapan balai raya sebelum memulakan operasi meronda pada malam Ahad 26 April 2015 yang lalu.Maklumat ini bertujuan bagi memudahkan seluruh penduduk dan orang luar mendapatkan info tentang kampung terutama maklumat untuk menghubungi JKKK.