Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Biro Pemuda Masjid Rinching Hilir telah mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi membantu mangsa banjir khususnya di kawasan sekitar daerah Kuala Krai yang terjejas teruk akibat banjir yang luar biasa pada 29-30 December 2014 yang lalu.Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kejadian ini yang mana ia suatu peringatan Allah kepada hamba-hambaNya.Ucapan Jazakallah Khairan Kathira kepada semua pejuang-pejuang Allah yang menderma dan juga para sukarelawan yang sanggup meninggalkan anak isteri serta tugas bagi membantu saudara yang sedang dalam kesusahan.Juga kepada pejuang yang sudi memberi tajaan kenderaan, tenaga dan wang ringgit.Semoga amal kebajikan yang di lakukan mendapat ganjaran yang besar dari sisi Allah di dunia dan di akhirat.Insha Allah.Misi ini memberi perhatian pada kawasan kampung-kampung dan pedalaman.
Membeli barang-barang keperluan hasil dari kutipan dana |
Mengumpulkan barang di masjid |
Mengasingkan pakaian |
Pagi 30 Dec 2014 Loading barang |
Bacaan doa oleh Ketua Kampung Tuan Hj Malek agar Allah melindungi sepanjang misi. |
Para sukarelawan yang terlibat |
Tol Bentong |
Tiba di destinasi.Bermalam di Kg Mengkuang |
Bekalan minyal petrol dan diesel kerana stesen minyak jauh dan limited |
Menurunkan sedikit barangan sumbangan |
Sekitar pemandangan sepanjang jalan Kuala Krai |
Sebatang tiang pencawang elektrik hampir tumbang di tebing sungai Laloh |
Sebatang kayu balak yang hanyut hingga ke jalan raya |
Jalan utama yang runtuh |
Perjalanan masuk ke Kg Ragu |
Jalan yg telah dipenuhi lumpur |
Mengalihkan wayar eletrik yang menghalangi perjalanan kami |
Meredah lumpur yang masih basah |
Sebuah rumah yg telah hanyut hingga menghalangi jalan masuk |
Keadaan bahagian dalam kereta yg dipenuhi lumpur |
Sebuah rumah yang telah beralih dari tapak asal |
Memberi bantuan kepada penduduk Kg Ragu |
Rezeki yg ada utk kita kongsikan bersama tanpa mengira bangsa |
Menagih simpati |
Sebuah kereta yg di ikat pada sebatang pokok kelapa agar tidak hanyut di bawa arus |
Beras yg bertaburan |
Sebuah ayat alquran yg tersangkut di sebatang pokok pisang |
Transfer barang dari lori masuk ke kenderaan 4x4 |
Misi bantuan di kawasan pedalaman iaitu Kg Gajah |
Padang bola yg telah dipenuhi lumpur |
Halangan pokok tumbang untuk ke Kg Gajah |
Menyusuri lumpur |
Air yg masih belum surut hingga ke paras setengah tiang |
Bantuan di turunkan disini untuk penduduk Kg Gajah |
Sebuah pallet kayu yg tersangkut di wayar eletrik menunjukkan betapa tingginya banjir kali ini |
Inilah rumah pakcik ni sekarang.Rumahnya telah dihanyutkan |
Mengagihkan bantuan di Kg Temaling |
Pemandangan sekitar Kg Manek Urai Baru.Kami tidak dibenarkan masuk ke Manek Urai Lama oleh tentera utk mengelakkan kesesakan. |
Add caption |
Berhenti seketika utk mengalas perut ketika perjalanan pulang. |
No comments:
Post a Comment