Tuesday, October 6, 2015

Hari Penilaian Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2015

Kampung Rinching Hilir telah mewakili Mukim Beranang dan memenangi Kampung Tradisi Terbaik peringkat Daerah Hulu Langat dan seterusnya menjadi wakil daerah Hulu Langat untuk menyertai pertandingan ke peringkat Negeri Selangor yang mana akan bersaing dengan 8 daerah.
Kami barisan JKKK ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak diatas segala kerjasama,wang ringgit dan keringat yang di curahkan bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar khususnya pada Pusat Khidmat Dun Semenyih En Hamidi A.Hasan,Tok Penghulu Mukim Beranang Tuan Samsudin B Hj Satar, Pejabat Daerah Hulu Langat, MPKJ, AADK, Eco World, Ketua2 Kg Mukim Beranang, Balai Polis Seri Putra, SKRH, Masjid, Kemas Daerah Hulu Langat, JKKKP,penduduk kg yang terlibat khususnya kpd usahawan-usahawan Kelulut,Bengkel Kereta,Tapak Semaian dan paling tidak lupa barisan JKKK yg berkerja keras siang malam demi untuk memastikan segala perancangan dapat dijayakan dengan sempurna sebelum panel juri melakukan penilaian pada 6 Okt 2015.Kerjasama yang ditunjukkan amat luar biasa sekali,Terima kasih sekali lagi dan semoga Allah membalas jasa baik semua.




Khemah tempat para tetamu menjamu sarapan pagi

Pemeriksaan kesihatan percuma dari KOSPEN JKKKP

Berbaris menunggu ketibaan para juri

Ketibaan para juri


Penyelaras DUN Semenyih En Hamidi A.Hasan menyambut kedatangan para juri


Ketua-ketua kampung Mukim Beranang dan JKKKP turut hadir

Ketibaan juri di sambut dengan paluan kompang Jawa

Para juri bersarapan pagi

Aturcara majlis

Aturcara ingin di mulakan

En Hamidi A.Hasan duduk bersebelahan pegawai Daerah Tuan Hj Zulkifli B Khalid dan Penghulu Mukim Beranang

En Mazlan B Ahmad dari Biro Pendidikan menjadi MC majlis

Ucapan dari Pengerusi JKKK Hj Abd Malek B Hj Ridzwan

Ucapan dari Penyelaras Pusat Khidmat DUN Semenyih, Tuan Hamidi A.Hasan

Ucapan dari Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Hj Zulkifli B Khalid

Ucapan dari ketua juri, Cik Shikin

Cenderahati dari JKKK yang disampaikan oleh Pegawai Daerah kepada para juri

Cenderahati dari JKKK yang disampaikan oleh En Hamidi A.Hasan kepada pegawai daerah.

Barisan para juri yang menghakimi kesemua 9 daerah di negeri Selangor

Barisan biro-biro JKKK bergambar di ladang ternakan Kelulut 

Pegawai Daerah dan para juri khusyuk mendengar taklimat tentang madu Lebah Kelulut dari En Baharudin Abas

Meninjau sarang Lebah Kelulut

Pegawai Daerah dan semua para juri merasai madu Kelulut terus dari sangkarnya.

Penerangan tentang pembiakan Lebah Kelulut oleh anak En Baharudin

Para juri di bawa melawat ke bengkel kereta En Subari B Rahim


Pegawai Daerah dan para juri di bawa melawat ke tapak semaian kelapa sawit Hj Ayub


Ketua juri,Cik Shikin di beri peluang menanam benih pokok kelapa sawit


Para juri yang lain juga diberi peluang menanam benih pokok sawit

Lawatan terakhir para juri ialah ke tanaman orkid En Mazlan



Pegawai Daerah,Penyelaras Pusat Khidmat DUN Semenyih,Penghulu Mukim Beranang dan Pengerusi JKKK bersama-sama menikmati Nasi Ambeng sebagai makanan tengah hari.

Rumusan keseluruhan dari penilaian para juri di buat di rumah En Mazlan sebelum para juri mengucapkan selamat jalan kepada Kg Rinching Hilir


No comments: