Tuesday, August 26, 2014

Pembinaan Replika Sempena Kemerdekaan ke 57

JKKK telah membina sebuah replika sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57.Dengan berdasarkan tema kemerdekaan 'Di Sini Bermulanya Sebuah Cinta', pihak JKKK memilih kecintaan terhadap ILMU sebagai asas permulaan bagi segala kekuatan dan kejayaan di dunia dan akhirat.Replika ini dibina di pintu masuk utama kampung.Replika ini juga akan dipertandingkan ke peringkat DUN Semenyih.




Setiausaha JKKK En.Zulkifli B Hj Ridzwan sedang melakukan kerja-kerja mengecat.







Pemangku Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK En Hj Malek B Hj Ridzwan bersama-sama menanam pokok bunga di sekeliling replika.


Pemuda Kampung En Syuwari sedang mengecat tapak replika.




Biro Sukan dan Setiausaha En Hamdan dan En Zulkifli sedang menyiapkan kerja-kerja terakhir.


Kata pujangga dan gambar Al Quran menjadi background replika ini.

Kata-kata pada muka buku.


Siap sepenuhnya..hanya tinggal meletakkan lampu sahaja supaya berseri di waktu malam.Tahniah kepada JKKK Kampung Rinching Hilir.










Saturday, August 2, 2014

Hilang Ketika Mencari Bulu Lemang

Seorang warga penduduk Bukit Mahkota Bangi telah dilaporkan hilang selepas beliau bersama dua orang lagi rakannya mencari buluh lemang di satu kawasan pedalaman Kg Rinching Hilir.Lelaki tersebut dilaporkan hilang pada jam 6 petang 2 Ogos 2014 yang lalu. Pihak JKKK mendapat laporan pada jam 11 malam dan segera datang ke lokasi kejadian. Polis dan dua rakan yang bersama dengan lelaki tersebut telah menunggu. Anggota bomba dan JPAM telah dimaklumkan dan mereka bersama-sama menunggu untuk menjalankan misi pencarian.Pencarian di jalankan di sekitar kawasan termasuk menyusuri sepanjang sungai. Beberapa anggota JPAM dan JKKK telah melaungkan azan di beberapa lokasi. Usaha mencari gagal sehingga jam 4.00 pagi. Keesokannya usaha mencari di teruskan seawal jam 9 pagi dengan penambahan anggota polis,bomba,JPAM dan penduduk kampung serta dibantu oleh Unit Anjing Pengesan.Usaha tersebut masih lagi gagal.Yang dijumpai hanyalah sebelah selipar dan seluar dalam milik mangsa.Ini adalah kejadian kali ke tiga melibatkan kehilangan di kawasan tersebut dan dipercayai hilang disebabkan oleh makhluk ghaib.Akhirnya lelaki itu dijumpai apabila beliau telah berada di rumahnya di Bukit Mahkota.Mengikut cerita seorang penduduk Desa Mahkota telah menjumpai lelaki tersebut di sebuah jambatan dalam keadaan berbogel dan menghantar lelaki tersebut ke rumahnya.Lelaki yang berusia awal 40an itu berbogel adalah kerana menyedari dirinya telah di sesatkan oleh makhluk ghaib dan teringat akan petua orang tua-tua agar menanggalkan semua pakaian.

Pemangku Ketua Kampung En Hj Malek bersama-sama anggota polis menjalankan misi mencari di sekitar kawasan sehingga jam 4 pagi.