Wednesday, December 25, 2013

Kayuhan Amal Bukit Mahkota Bangi

Beberapa pemuda qariah telah menyertai Bukit Mahkota Charity Ride pada 25 Disember yang lalu yang mana ia adalah kayuhan amal bagi mencari dana untuk pembinaan masjid At Taqwa Bukit Mahkota Bangi.Tetamu istimewa yang sama-sama menjayakan kayuhan ini adalah Uztaz Don Daniyal.Kayuhan terdiri daripada dua kategori iaitu Ceria dan Cergas.Kayuhan sekitar Bandar Seri Putra,Bangi Lama dan hutan UKM.




Bersama Ustaz Don Daniyal

Pemuda yang menyertai kategori Cergas


Photo Courtesy FB Sana Sini Basikal Saja

Peserta kayuhan kategori Cergas di lepaskan

Berehat sebentar di puncak hutan UKM

En Sofi Hj Taib ke garisan penamat dalam kategori Ceria

En Khanafi Mohd Moksin yg juga Biro ICT tiba di garisan penamat dalam kategori Cergas

En Hamdan Shuib yg juga Biro Belia dan Sukan menguji kemampuan dalam acara siapa paling pantas



Saturday, December 21, 2013

Program Khatan Beramai-Ramai 2013

Assalammualaikum..

Pada 21 Dec 2013, bertempat di perkarangan masjid Rinching Hilir telah diadakan program khatan beramai-ramai anjuran JKKK,Masjid dan DUN Semenyih dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi.Seramai 21 orang anak-anak qariah telah mengambil penyertaan.Program dirasmikan oleh penyelaras Dun iaitu En Hamidi Al Hassan.Selain dari program berkhatan, penyampaian sumbangan hadiah daripada DUN Semenyih juga diadakan kepada anak-anak qariah yang mendapat keputusan A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.Warga emas juga tidak ketinggalan mendapat sedikit bantuan daripada Dun Semenyih yang mana telah disampaikan dari rumah ke rumah oleh penyelaras Dun En.Hamidi Al Hassan bersama Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosle Che Mat.

Tuan Pengerusi Utz Mohd Zailani B Hj Ridzwan

Mendengar taklimat

Bacaan doa

Doa yang telah dibacakan oleh Imam Satu Masjid Kg Rinching Hilir iaitu Ustaz Azlan B Hj Rawi

Program dirasmikan oleh penyelaras Dun Semenyih En Hamidi Al Hassan


Berkumpul sebelum berarak ke masjid

Simbol syahadah "Katakan Allah itu Esa"

Peserta program diarak ke masjid

Masuk ke perkarangan masjid

Bersedia untuk pancutan air


Pancutan air dilepaskan oleh En Hamidi Al Hassan



Seronok mereka mandi air pancut

Sarapan pagi yang telah disediakan

Program khatan di mulakan

Anak salah seorang ahli qariah ini mungkin boleh di beri award dalam kategori 'Teriakan Paling Kuat' haha

Adik ni steady boleh menipu doktor lagi..Beliau menjerit seolah2 terlampau sakit hingga doktor berhenti tetapi selepas itu beliau ketawa..

Beginilah antara cara untuk melupakan kesakitan sebentar..Bagi je game senyap terus hihi

Kaedah berkhatan yang mnggunakan Smart Klamp yang dapat menyembuhkan peserta kurang dari 10 hari

Pelbagai aksi dan ragam kanak-kanak ingin berkhatan

Duduk termenung seorang diri menunggu giliran




YB Dr Che Rosle Che Mat memerhatikan proses berkhatan


YB Dr Che Rosle Che Mat menziarahi ketua kampung Hj Mohd Yusof Hj Madrzuki yang kurang sihat di rumahnya.

YB Dr Che Rosle Che Mat menyerahkan sumbangan dari rumah ke rumah kepada semua warga emas


Wednesday, December 11, 2013

Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Temerloh dan Bera

Misi kedua oleh pemuda untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada 11 Dec 2013 yang lalu.Kali ini destinasi yang dipilih adalah sekitar Temerloh dan Bera. Kawasan yang masih terjejas teruk kebanyakannya di sekitar daerah Bera. Oleh kerana kami tidak mahir dengan kawasan di situ, kami bergabung dengan satu team 4x4 tempatan yang berpusat di Temerloh. Mereka membawa kami ke kawasan yang terjejas teruk terutama di daerah Bera. Destinasi pertama kami adalah sebuah sekolah pondok. Disana saya sempat melawat kawasan sekitar dan mengambil beberapa keping gambar. Sekolah pondok ini adalah persendirian dan jika dilihat pada asrama pelajar lelaki mungkin anda akan menyangka bahawa ini adalah sebuah penempatan PATI. Keadaannya sangat daif. Saya kira ia perlu diberi perhatian memandangkan ramai pelajar-pelajar disini dari luar seperti Selangor,Kedah,Kelantan,Johor,Negeri Sembilan,Kemboja dan Putrajaya. Kami menjenguk pula kawasan kampung disekitarnya didapati masih banyak lagi kawasan yang masih ditenggelami air.


Beberapa jalan yang masih dipenuhi air

Ini lah keadaan asrama lelaki sebuah sekolah pondok di daerah Bera

Ianya seperti sebuah penempatan PATI tetapi hakikatnya ia adalah asrama pelajar lelaki sebuah sekolah pondok


Setiausaha JKKK En Zulkifli menyerahkan bantuan kepada wakil sekolah pondok

Antara bantuan yang disalurkan

Berbual bersama Tok Guru sekolah pondok ini (namanya saya terlupa) dan Abg Mat Arip yg membawa kami ke kawasan yg terjejas



Sekolah ditenggelami air

Dewan orang ramai dan gelanggang sukan yang ditenggelami air

Jalan utama yang telah ditenggelami air menyebabkan terputusnya hubungan

Sebuah rumah yang ditenggelami air