Wednesday, April 20, 2016

Mesyuarat Karnival Kampungku Kesayanganku (3K)

Mesyuarat yang telah dihadiri oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri(UPEN),Pejabat Daerah Hulu Langat,JAIS,PAID,Lembaga ZAKAT,Pusat Khidmat DUN Semenyih,JKR,Penjara Kajang,MPKJ,Penghulu Mukim Beranang/Semenyih dan Ketua-ketua kampung Mukim Beranang bagi membincangkan Karnival Kampungku Kesayanganku(3K) bertempat di Balairaya Kg Rinching Hilir. Kg Rinching Hilir telah dipilih menjadi tuan rumah mewakili daerah Hulu Langat pada tahun ini.






Saturday, April 9, 2016

Program Memancing Amal

Program memancing Amal yang dianjurkan oleh PIBG SKRH,JKKK Rinching Hilir dan JKKK Sg Kembong Hilir bagi mencari dana pembinaan bumbung tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.Program di rasmikan oleh Penyelaras DUN Semenyih, Tuan Hamidi A Hasan dan penutup oleh YB Dr Che Rosli,Ahli Parlimen Hulu Langat.Hadiah cabutan bertuah utama iaitu sebuah motorsikal telah ditaja oleh Penyelaras Pusat Khidmat DUN Semenyih.Program telah berlangsung di Lombong Pecah Kg Sg Kembong Hilir.

En Hamidi A Hasan,Penyelaras Pusat Khidmat DUN Semenyih yang juga merupakan penyumbang hadiah cabutan bertuah sebuah motorsikal telah merasmikan program ini.


YB Dr Che Rosli menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah.