Sunday, September 27, 2015

Saturday, September 26, 2015

Program Kitar Semula Minyak Masak

JKKK menganjurkan program kitar semula minyak masak terpakai. Minyak masak yg terpakai boleh di kitar semula untuk dijadikan Biodiesel, Lilin, Sabun pencuci dan makanan haiwan. Untuk permulaan program sasaran adalah kpd pengusaha kedai makanan di sekitar kampung dan selepas itu akan sasaran utk penduduk kampung. Dgn program ini dapatlah kita menjaga kebersihan alam sekitar dan kebersihan kampung kita khususnya.










Thursday, September 24, 2015

Saturday, September 19, 2015

Kenduri Rakyat Bersama Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum wr.wbt.

Alhamdulillah,JKKK memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah swt diatas kesudian Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor Tuan Mohamed Azmin Bin Ali datang menjenguk kampung Rinching Hilir serta makan tengah hari bersama penduduk kampung.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Penyelaras Pusat Khidmat Dun Semenyih, En Hamidi A Hasan dan juga Tok Penghulu Mukim Beranang Tuan Mohamad Samsudin B Hj Satar yang banyak membantu JKKK melakukan persiapan oleh kerana tempoh yang ada hanyalah 36 jam.Dato Menteri Besar tiba jam 9 pagi dan kami menunggu di tol Bandar Seri Putra untuk berkonvoi ke kampung Batu 5 dimana Dato MB akan bersarapan di situ.Selepas bersarapan Dato MB terus ke majlis pecah tanah perumahan Selangorku di Eco Majestic.Lebih kurang jam 12.00 tgh hari Dato MB tiba di kampung Rinching Hilir.Kedatangan beliau di arak oleh konvoi bermotorsikal pemuda kampung yang membawa bendera Selangor.Dato MB singgah sebentar di balairaya untuk mendengar sedikit taklimat mengenai kampung yang telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Hulu Langat 2015 yang mana ianya juga adalah daerah Dato MB sendiri.Selepas itu Dato MB terus menuju ke perkarangan rumah Ketua Kampung Tuan Hj Abd Malek B Hj Ridzwan untuk menjamu selera bersama penduduk.Majlis dimulakan dengan kata-kata ucapan oleh Ketua Kampung dan Dato MB sendiri.Majlis juga di hadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli, Pegawai Daerah Tuan Zulkifli,Penyelaras Pusat Khidmat Dun En Hamidi A Hasan,Ketua Polis Bandar Seri Putra,Tok Penghulu Mukim Beranang serta ketua-ketua kampung mukim Beranang.Di akhir majlis  Dato MB menyampaikan sumbangan sebuah vakum yang disumbangkan oleh Penyelaras Pusat Khidmat Dun kepada JKKK.Sekali lagi warga JKKK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Menteri Besar dan semua yang terlibat dan semoga ianya akan membawa manfaat kepada penduduk kampung agar kampung terus indah,maju dan harmoni.



MPKJ memasang bendera sepanjang jalan masuk ke kampung

Persiapan memasang khemah di perkarangan rumah Ketua Kampung


YB Dr Che Rosli & Tuan Hamidi A Hasan bersama-sama menunggu ketibaan Dato MB di Plaza Tol Bandar Seri Putra

Ketibaan Dato MB untuk bersarapan di Kampung Batu 5

Dato MB bersalaman dengan tokey lontong


Bacaan doa oleh Imam Hj Norazlan iaitu Biro Agama JKKK yang juga penduduk asal kg Batu 5


Ketua Kampung Batu 5 duduk disebelah Dato MB


Konvoi Bermotorsikal sedang menunggu ketibaan Dato MB di jalan masuk utama.


Konvoi membawa bendera Selangor oleh pemuda kampung

Y.A.B. Dato MB tiba di balairaya kampung Rinching Hilir





Pegawai Daerah,Ahli Parlimen Hulu Langat,Dato MB serta Ketua Kampung sedang mendengar taklimat mengenai kampung yang disampaikan oleh Biro Pendidikan En Mazlan B Ahmad.

Dato MB bergerak menuju ke rumah Ketua Kampung
                                                                                 
Konvoi Dato MB tiba di rumah Ketua Kampung
                                                                                  

                                                                                   
Dato Mb tiba di perkarangan rumah Ketua Kampung

Dato MB bersalaman dengan penduduk kampung

Dato MB bemesra dengan seorang kanak-kanak


Pasukan kompang kampung yang menyambut ketibaan Dato MB





Ketua Kampung Hj Abd Malek B Hj Ridzwan sedang memberi ucapan


Y.A.B. Dato Menteri Besar Tuan Mohamed Azmin B Ali memberi ucapan ringkas.

Sumbangan Vakum oleh Penyelaras Pusat Khidmat Dun En Hamidi A Hasan yg disampaikan oleh Dato MB

Sumbangan Vakum yang diterima oleh Ketua Kampung Sg Machang

Ketua Kampung menyerahkan dokumen surat permohonan kepada Dato MB


Ketua Kampung Batu 5 juga menyampaikan surat kepada Dato MB


Penduduk kampung menikmati jamuan


YB Dr Che Rosli menyampaikan bunga Orkid kepada Dato MB sebagai cenderahati daripada Kg Rinching Hilir

Dato MB menerima cenderahati Lontong buatan Kg Rinching Hilir

JKKK Kg Rinching Hilir bergambar kenangan bersama Dato MB



Antara orang kuat JKKK