Sunday, May 29, 2016

Friday, May 13, 2016

Karnival Kampungku Kesayanganku(3K) Hulu Langat 2016

Kg Rinching Hilir telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Karnival Kampungku Kesayanganku bagi daerah Hulu Langat pada 13 & 14 May 2016. Berikut gambar-gambar sekitar karnival berlangsung selama dua hari. Terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang sama-sama menjayakannya. Terima kasih kepada Tuan Hj Zulkfili selaku Pegawai Daerah Hulu Langat yang memilih dan memberi kepercayaan kepada JKKK Kg Rinching Hilir untuk menjadi tuan rumah.
Karnival 3K di akhbar Sinar





AKTIVITI SEKITAR 13 MAY 2016 (JUMAAT)







Gotong royong memasak oleh penduduk kampung


Tazkirah sebelum solat Jumaat

Gerai-gerai sekitar karnival

Ketua Kampung bersama YB Dato Dr Ahmad Yunus Khairi

VIP menjamu selera


Majlis Perasmian

Ucapan Pegawai Daerah Tuan Hj Zulkfili

Ucapan Penyelaras DUN Semenyih Tuan Hamidi A.Hasan

Ucapan EXCO Kerajaan Negeri Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi

Perasmian Karnival Kampungku Kesayanganku Daerah Hulu Langat 2016



Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli menjamu selera bersama penduduk kampung

YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi melawat kawasan memasak untuk kenduri rakyat


YB Dato Dr Ahmad Yunus menjamu rendang yang masih panas

Tazkirah selepas maghrib

Penduduk kampung memenuhi dewan utama bagi menantikan ceramah perdana


Panel ceramah perdana oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani dan Ustazah Norhafizah Musa. Moderator oleh Ustaz Mohd Azizan Zainal Abidin



Ketua Chef Masakan yang juga timbalan Nazir bagi kenduri rakyat ditemuramah oleh wartawan Berita Harian


AKTIVITI SEKITAR 14 MAY 2016 (SABTU)

Kayuhan Kampungku Kesayanganku bersama YB EXCO

Tuan Hamidi dan Tuan Hj Zulkifli sama-sama mengambil bahagian kayuhan mengelilingi kampung.

Ketua kampung bersama Penyelaras DUN Semenyih Tuan Hamidi A.Hasan menanam pokok kelapa pandan di tanah perkuburan.

YB Dr Che Rosli menanam pokok kelapa pandan di tanah perkuburan



Sambil berkayuh singgah di beberapa rumah asnaf untuk menyerahkan sumbangan dari Pusat Zakat Selangor.

Singgah di Tahfiz Saidina Ali bagi melihat cara penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti.

Bersama pelajar Tahfiz Saidina Ali

YB Dr Che Rosli menyerahkan sumbangan kepada saudara baru Islam.

Memberi sedikit ucapan kepada ahli pengakap sekolah kebangsaan Rinching Hilir

Sarapan pagi di kedai Cik Amah
Majlis Nikah Perdana seramai 10 pasangan dinikahkan.

Tuan Hj Zulkifli menikahkan salah seorang dari anak kariah Rinching Hilir.

Jurunikah Rinching Hilir dengan di saksikan oleh Tuan Hamidi menikahkan salah seorang dari anak kariah.

Ustza Nazri yang juga Hakim Mahkamah Syariah menikahkan salah satu pasangan.

10 pasangan pengantin bergambar bersama jurunikah masing-masing.

Konvoi pengantin diarak keliling kampung dengan diringi oleh motorsikal berkuasa besar.

Para pasangan pengantin menaiki konvoi dari club Toyota Wish.


VIP menanti ketibaan konvoi pengantin.

Pengantin diarak oleh VIP ke khemah utama.




Meja makan bagi 10 pasangan pengantin.



Orang ramai memenuhi dewan utama untuk santapan tengah hari bersama para pengantin.

VIP menyerahkan hadiah kepada semua pasangan pengantin.
Pertandingan memancing di Kg Sg Kembong Hilir



Penyampaian hadiah pertandingan memancing
Pertunjukkan acara memanah


Pemenang pertandingan sepak takraw oleh Sg Sekamat


Sukaneka untuk orang kampung





Peserta panjat tiang licin

Acara kemuncak panjat tiang licin


Aksi-aksi pemanjat tiang licin.

Juara panjat tiang licin menggondol hadiah sebanyak RM600.


Majlis penyampaian hadiah



Majlis tahnik/marhaban dan selawat


Cukur jambul

Kanak-kanak merebut duit



Sembang Santai bersama Ustaz Akil Hayy dan Man Maharaja Lawak dengan tajuk Hijrah Diri


Persembahan Ustaz Akil Hayy dan Man Maharaja Lawak mengakhiri karnival kampungku kesayanganku daerah Hulu Langat 2016.