Tahukah anda terdapat Maahad Tahfiz yang baru dibuka di Kg Rinching Hilir?
Alhamdulillah , dapat melakukan Ziarah ke Maahad Tahfiz Saidina Ali , Kg Rinching Hilir, Bangi pada 25 Jan 2015 lalu bersama Ketua Kampung, JKKK, Bilal dan Imam. Maahad ini baru beroperasi di Kampung Rinching Hilir mulai tahun 2015 ini.Ziarah ini juga untuk menyampaikan beberapa Al Quran dan sejadah.
Tahfiz persendirian ini yang dikendalikan oleh dua orang adik beradik Ust Sobri dan Ust Sapuan(anak kepada Puri Wak Salim) dan keluarga mereka di atas tanah milik mereka, Maahad ini masih baru dan memerlukan sokongan masyarakat untuk terus menjana para Huffaz.
Jika ada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian disini atau yang boleh membantu, berwakaf, infaq apa-apa yang patut amat di alu-alukan.
Sunday, January 25, 2015
Saturday, January 17, 2015
Misi Bantuan Banjir ke Dabong 16-17 Jan 2015
Misi kali ini hasil kerjasama pemuda masjid Rinching Hilir bersama Pusat Khidmat Dun Semenyih yang disertai oleh Penyelaras nya En Hamidi Al Hasan, Nazir masjid Rinching Hilir Tuan Haji Hakim,Timbalan Nazir Tuan Mohd Zailani Hj Ridzwan.Lebih kurang 10 buah kenderaan 4x4 dengan membawa lebih 300 naskah Al Quran dan peralatan membersih telah bergerak ke Dabong pada 16-17 Jan yg lalu.Misi kali ini membersihkan sekolah Sg Sam bersama 150 anggota ATM dan menyampaikan 239 naskah Al Quran.Manakala 155 naskah pula di sampaikan pada sekolah Kemubu.
![]() |
Utz Zailani sedang membersihkan sebuah makmal komputer sekolah Sg Sam |
![]() |
Nazir Masjid,Tuan Haji Hakim Husin sedang membersihkan sebuah makmal komputer sekolah Sg Sam bersama-sama krew yang lain. |
![]() |
Gotong Royong bersama anggota ATM |
![]() |
Setiausaha JKKK En Zulkifli Hj Ridzwan bersama En Zahari sedang membersihkan kerusi. |
![]() |
Dua orang anak kepada Tuan Mohyidin B Mesbah turut membantu membersihkan kawasan sekolah. |
![]() |
Utz Zailani dan Penyelaras Dun Semenyih En Hamidi Al Hasan bersama guru besar sekolah SK Kemubu Dabong Kelantan (tengah berbaju oren). selepas menyerahkan sumbangan Al quran |
Labels:
banjir,
bencana alam,
dabong,
dun semenyih,
gua musang,
kelantan,
kuala krai,
laloh,
manek urai baru,
manek urai lama,
mukim beranang,
parlimen hulu langat,
rinching hilir,
selangor,
selangorku
Friday, January 9, 2015
Bantuan Beg Sekolah Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan negeri Selangor memberi bantuan berupa beg sekolah kepada anak-anak penduduk yang keluarga nya berpendapatan rendah dan di serahkan oleh ketua kampung Tuan Haji Abd Malek B Hj Ridzwan.
Tuesday, January 6, 2015
Bantuan Khairat Kematian Kerajaan Negeri Selangor
Bantuan khairat kematian sebanyak RM2500 oleh kerajaan Negeri Selangor yang di serahkan oleh Ketua Kampung Tuan Hj Abd Malek B Hj Ridzwan
Sunday, January 4, 2015
Misi Bantuan Banjir 3 (Kuala Krai)
Misi bantuan ketiga pada 4-5 Jan 2015. Kawasan tumpuan masih di sekitar Kuala Krai.Kali ini kami dapat memasuki Kg Manek Urai Lama iaitu kawasan yang paling teruk musnah.Apabila masuk ke sini kami rasakan seperti kami berada di kawasan selepas Tsunami di Acheh.Kemusnahan yang sungguh dahsyat hingga kelu lidah untuk berkata.Hanya ucapan istighfar yang mampu di lafazkan.Selepas itu kami menuju sekitar bandar Kuala Krai.
Sesi briefing |
Berkongsi kegelapan setelah dua minggu ketiadaan elektrik dan air |
Jalan shortcut ke Manek Urai Lama melalui Kg Mengkuang |
Mahligai sementara mereka |
Ibarat sudah jatuh di timpa tangga pula.Penduduk yang mendiami kawasan pedalaman |
Tiada lagi kehijauan |
Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Lama |
Buku-buku sekolah yang musnah |
Terima Kasih NGO |
Stesen Keretapi Manek Urai yang telah hilang |
Sebatang kayu balak yang tersangkut di jambatan keretapi di Manek Urai Lama |
Sebatang kayu balak di lorong motosikal |
Ketinggian jambatan dari paras air sungai dianggarkan 8-9 meter. |
Sebahagian dinding rumah penduduk yg tersangkut di jambatan keretapi |
Pakaian dari bantuan yg dilonggokkan di satu tempat. |
Padang sekolah |
Inilah sekolah yang tenggelam hingga ke paras tingkat tiga yg mana kebanyakan penduduk Manek Urai berada di sini ketika banjir. |
Pandangan dari bahagian dalam sekolah |
Pemandangan sekitar Manek Urai Lama |
Pemandangan sekitar Manek Urai Lama |
Pemandangan sekitar Manek Urai Lama |
Salah sebuah rumah yg berada di tepi sungai Lebir di Manek Urai Lama |
Pemandangan sekitar Manek Urai Lama |
Bagaikan Tsunami |
Salah seorang penduduk Manek Urai menceritakan detik-detik cemas ketika banjir |
Sebuah masjid yg rosak teruk di Manek Urai Lama |
Sebuah kereta yg tersadai di jalan masuk utama ke Manek Urai Lama |
Pemandangan sekitar bandar Kuala Krai |
Pemandangan sekitar bandar Kuala Krai |
Pemandangan sekitar bandar Kuala Krai |
Pemandangan sekitar bandar Kuala Krai |
Penempatan sementara mereka |
Atap rumah yang hanyut |
Sungai Lebir..sungai yg mengganas membadai dan menghancurkan apa saja di Kg Manek Urai Lama |
Rumah terapung di Manek Urai Lama |
Pokok-pokok kelapa yg teguh juga tumbang.Pemandangan dari jambatan Manek Urai. |
Labels:
dabong,
dun semenyih,
gua musang,
kelantan,
kuala krai,
kuantan banjir bencana,
laloh,
malaysia,
manek urai baru,
manek urai lama,
mukim beranang,
parlimen hulu langat,
rinching hilir,
selangor,
selangorku
Location:
Kuala Krai, Kelantan, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)