Wednesday, April 29, 2015
Penurapan Jalan JKR B24
Tuesday, April 28, 2015
Menaiktaraf Balai Raya
Monday, April 27, 2015
Wifi Percuma 'Selangorku'
Alhamdulillah, permohonan JKKK melalui penyelaras khidmat Dun Semenyih, En Hamidi A Hassan telah berjaya mendapatkan wifi 'Selangorku' secara percuma bagi kemudahan penduduk kampung melayari internet. Wifi tersebut telah di letakkan di balai raya kampung.Terima kasih kerajaan negeri Selangor.
Bagi penduduk yang ingin mengakses wifi tersebut boleh lah datang ke balai raya.
Langkah-langkah untuk mendapatkan wifi percuma:-
1. Switch ON wifi pada smartphone anda.
2. Smartphone anda akan 'auto detect' wifi bernama 'Selangorku' dan 'auto connect'.
3. Buka App 'browser' seperti Google Chrome,Firefox,Opera,Safari dll pada smartphone.
4. Taip pada 'Search Bar' perkataan 'Google Chrome'.Secara automatik akan keluar satu 'IP Address'.
5. Touch pada 'IP Address' tersebut dan satu portal web Selangorku akan terpapar.
6. Masukkan maklumat seperti Nama,Alamat,Email dan No Telefon seterusnya tekan butang 'LOG IN'.
7. Done.Anda tidak perlu lagi untuk melakukan langkah ini setiap kali ingin menggunakan wifi 'Selangorku' di masa akan datang.

Sunday, April 26, 2015
Pemasangan Maklumat Kampung Di Balai Raya
Pihak JKKK telah bergotong royong bersama-sama memasang maklumat tentang ketua kampung,blog,peta kampung dan sejarah kampung di hadapan balai raya sebelum memulakan operasi meronda pada malam Ahad 26 April 2015 yang lalu.Maklumat ini bertujuan bagi memudahkan seluruh penduduk dan orang luar mendapatkan info tentang kampung terutama maklumat untuk menghubungi JKKK.
Sunday, April 19, 2015
Program Gotong-Royong Membersihkan Kiri Kanan Jalan
Program gotong royong anjuran JKKK pada 19 April 2015 berjalan dengan lancar.Terima kasih kpd penyelaras Dun Semenyih En Hamidi A.Hasan dan juga Tok Penghulu Mukim Beranang Mohd Samsudin B Hj Satar kerana dapat meluangkan sedikit masa.Terima kasih tidak terhingga kepada warga kampung dan tidak lupa pelajar dari KUIS yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini.Berhenti pada tengah hari dan bersambung semula pd waktu petang.Semoga program ini dapat menjalinkan lagi ikatan ukhwah dan semoga Allah memberikan ganjaran pahala hingga ke hari akhirat.Insha Allah.

Sarapan pagi disediakan |
Penyelaras Dun Semenyih En Hamidi A Hasan bersarapan bersama Penghulu Mukim Beranang Tuan Mohd Samsudin Hj Satar, Bendahari JKKK En Mohyidin Mesbah dan Setiausaha JKKK En Zulkifli Hj Ridzwan. |
Penyelaras Dun Semenyih,Tok Penghulu Mukim Beranang,Pengerusi JKKK serta ajk yang lain bergambar bersama di hadapan banner gotong-royong. |
Sebahagian pelajar dari KUIS yang sedang menikmati sarapa pagi. |
Imam masjid Azlan Hj Rawi,Imam Wagimon,En Khosim dan Hj Ahmad turut serta turun padang. |

Pelajar KUIS yang turut serta menyumbang tenaga membersihkan kawasan masjid. |
Pakar dalam menebang pokok En Ram |
Subscribe to:
Posts (Atom)