Sunday, April 19, 2015

Program Gotong-Royong Membersihkan Kiri Kanan Jalan

Program gotong royong anjuran JKKK pada 19 April 2015 berjalan dengan lancar.Terima kasih kpd penyelaras Dun Semenyih En Hamidi A.Hasan dan juga Tok Penghulu Mukim Beranang Mohd Samsudin B Hj Satar kerana dapat meluangkan sedikit masa.Terima kasih tidak terhingga kepada warga kampung dan tidak lupa pelajar dari KUIS yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini.Berhenti pada tengah hari dan bersambung semula pd waktu petang.Semoga program ini dapat menjalinkan lagi ikatan ukhwah dan semoga Allah memberikan ganjaran pahala hingga ke hari akhirat.Insha Allah.


Sarapan pagi disediakan

Penyelaras Dun Semenyih En Hamidi A Hasan bersarapan bersama Penghulu Mukim Beranang Tuan Mohd Samsudin Hj Satar, Bendahari JKKK En Mohyidin Mesbah dan Setiausaha JKKK En Zulkifli Hj Ridzwan.


Penyelaras Dun Semenyih,Tok Penghulu Mukim Beranang,Pengerusi JKKK serta ajk yang lain bergambar bersama di hadapan banner gotong-royong.

Sebahagian pelajar dari KUIS yang sedang menikmati sarapa pagi.


Imam masjid Azlan Hj Rawi,Imam Wagimon,En Khosim dan Hj Ahmad turut serta turun padang.















Pelajar KUIS yang turut serta menyumbang tenaga membersihkan kawasan masjid.

















Pakar dalam menebang pokok En Ram













No comments: