Sunday, August 16, 2015

Jamuan Hari Raya 2015

Alhamdulillah sekali lagi dengan kerjasama antara Masjid,JKKK dan JKKKP telah berjaya menganjurkan jamuan hari raya eidulfitri bagi tahun 2015 pada 16 Ogos yang lalu.Bertempat di perkarangan Masjid, sambutan bermula dengan bergotong royong memasak. Jamuan ini dihadiri oleh penduduk kampung dan turut hadir YB Dr Che Rosli (Parlimen Hulu Langat), En Hamidi A Hassan(Penyelaras Pusat Khidmat Dun Semenyih) dan juga Tuan Samsudin Hj Satar(Tok Penghulu Mukim Beranang) dan juga pihak Polis Bandar Seri Putra. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi menjalin dan mengeratkan lagi ukhwah antara penduduk kampung dan pemimpin-pemimpin kampung khususnya.

Gotong-royong memotong cili oleh Bendahari Masjid,Setiausaha JKKK dan penduduk kampung.

Biro wanita JKKK dan JKKKP sama-sama berganding bahu gotong royong memasak

Jurunikah,Setiausaha Masjid dan Pengerusi JKKKP bersama-sama bergotong royong.

Bendahari JKKK sedang membasuh ayam.


Setiausaha JKKK sedang memanggang ayam.

Biro Sukan dan Rekreasi JKKK mengacau sup.


Biro Wanita JKKKP sedang membuat persiapan terakhir.

Jurunikah kita memang handal memasak.Boleh jadi Chef terkenal.

Biro Wanita JKKKP sedang memotong buah tembikai.

Penduduk kampung sedang mengambil makanan.


AJK Masjid yang sedang menjamah makanan.


Penghulu Mukim Beranang(kiri),Penyelaras Pusat Khidmat Dun Semenyih(tengah) dan pegawai dari Balai Polis Bandar Seri Putra(kanan).

Isteri kepada Penyelaras Pusat Khidmat Dun Semenyih(kiri) sedang menunggu giliran mengambil mee goreng Tok Kadi.

Pengerusi JKKKP(kiri) sedang menjamah jamuan.


Antara yang hadir para penceramah tetap masjid bagi kuliah bulanan.

Pembuat lemang hebat kampung sedang bersalaman dengan YB Dr Che Rosli dan Penghulu Mukim Beranang.


No comments: