Monday, December 2, 2013

Bantuan Untuk Pelarian Syria Sempena Musim Sejuk

Pemuda Rinching Hilir mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi meringankan beban saudara seakidah dengan membeli pakaian sempena musim sejuk di Syria seperti selimut tebal (Toto) untuk membantu pelarian perang Syria melalui saluran NGO Syria Care yang berpusat di Seksyen 13 Shah Alam. Kutipan dana pertama berjaya membeli sebanyak 82 buah toto dan diserahkan kepada wakil Syria Care Utz Rosli di Bangi manakala kutipan kedua pula berjaya membeli sebanyak 42 toto dan diserahkan terus ke pejabat Syria Care menjadikan jumlah toto 124 buah toto.

Kita tidak mampu mengangkat senjata berjihad di bumi Syam yang diberkati,jika kita tidak mampu menghulurkan bantuan kepada saudara seakidah,apakah jawapan yang ingin kita jawab dihadapan Allah swt di akhirat kelak?Sedangkan membantu mereka dan umat Islam yang sedang ditindas lain telah jatuh kepada hukum WAJIB bagi semua umat Islam.

Toto yang dibeli di Nilai 3

Penyerahan sebanyak 82 buah toto di cawangan Syria Care di Bangi

Setiausaha JKKK En Zulkifli menyerahkan sebanyak 42 buah toto kepada Sheikh Sameer di pejabat Syria Care Seksyen 13 Shah Alam




No comments: