Saturday, December 21, 2013

Program Khatan Beramai-Ramai 2013

Assalammualaikum..

Pada 21 Dec 2013, bertempat di perkarangan masjid Rinching Hilir telah diadakan program khatan beramai-ramai anjuran JKKK,Masjid dan DUN Semenyih dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi.Seramai 21 orang anak-anak qariah telah mengambil penyertaan.Program dirasmikan oleh penyelaras Dun iaitu En Hamidi Al Hassan.Selain dari program berkhatan, penyampaian sumbangan hadiah daripada DUN Semenyih juga diadakan kepada anak-anak qariah yang mendapat keputusan A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.Warga emas juga tidak ketinggalan mendapat sedikit bantuan daripada Dun Semenyih yang mana telah disampaikan dari rumah ke rumah oleh penyelaras Dun En.Hamidi Al Hassan bersama Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosle Che Mat.

Tuan Pengerusi Utz Mohd Zailani B Hj Ridzwan

Mendengar taklimat

Bacaan doa

Doa yang telah dibacakan oleh Imam Satu Masjid Kg Rinching Hilir iaitu Ustaz Azlan B Hj Rawi

Program dirasmikan oleh penyelaras Dun Semenyih En Hamidi Al Hassan


Berkumpul sebelum berarak ke masjid

Simbol syahadah "Katakan Allah itu Esa"

Peserta program diarak ke masjid

Masuk ke perkarangan masjid

Bersedia untuk pancutan air


Pancutan air dilepaskan oleh En Hamidi Al Hassan



Seronok mereka mandi air pancut

Sarapan pagi yang telah disediakan

Program khatan di mulakan

Anak salah seorang ahli qariah ini mungkin boleh di beri award dalam kategori 'Teriakan Paling Kuat' haha

Adik ni steady boleh menipu doktor lagi..Beliau menjerit seolah2 terlampau sakit hingga doktor berhenti tetapi selepas itu beliau ketawa..

Beginilah antara cara untuk melupakan kesakitan sebentar..Bagi je game senyap terus hihi

Kaedah berkhatan yang mnggunakan Smart Klamp yang dapat menyembuhkan peserta kurang dari 10 hari

Pelbagai aksi dan ragam kanak-kanak ingin berkhatan

Duduk termenung seorang diri menunggu giliran




YB Dr Che Rosle Che Mat memerhatikan proses berkhatan


YB Dr Che Rosle Che Mat menziarahi ketua kampung Hj Mohd Yusof Hj Madrzuki yang kurang sihat di rumahnya.

YB Dr Che Rosle Che Mat menyerahkan sumbangan dari rumah ke rumah kepada semua warga emas


No comments: