Wednesday, December 11, 2013

Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Temerloh dan Bera

Misi kedua oleh pemuda untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada 11 Dec 2013 yang lalu.Kali ini destinasi yang dipilih adalah sekitar Temerloh dan Bera. Kawasan yang masih terjejas teruk kebanyakannya di sekitar daerah Bera. Oleh kerana kami tidak mahir dengan kawasan di situ, kami bergabung dengan satu team 4x4 tempatan yang berpusat di Temerloh. Mereka membawa kami ke kawasan yang terjejas teruk terutama di daerah Bera. Destinasi pertama kami adalah sebuah sekolah pondok. Disana saya sempat melawat kawasan sekitar dan mengambil beberapa keping gambar. Sekolah pondok ini adalah persendirian dan jika dilihat pada asrama pelajar lelaki mungkin anda akan menyangka bahawa ini adalah sebuah penempatan PATI. Keadaannya sangat daif. Saya kira ia perlu diberi perhatian memandangkan ramai pelajar-pelajar disini dari luar seperti Selangor,Kedah,Kelantan,Johor,Negeri Sembilan,Kemboja dan Putrajaya. Kami menjenguk pula kawasan kampung disekitarnya didapati masih banyak lagi kawasan yang masih ditenggelami air.


Beberapa jalan yang masih dipenuhi air

Ini lah keadaan asrama lelaki sebuah sekolah pondok di daerah Bera

Ianya seperti sebuah penempatan PATI tetapi hakikatnya ia adalah asrama pelajar lelaki sebuah sekolah pondok


Setiausaha JKKK En Zulkifli menyerahkan bantuan kepada wakil sekolah pondok

Antara bantuan yang disalurkan

Berbual bersama Tok Guru sekolah pondok ini (namanya saya terlupa) dan Abg Mat Arip yg membawa kami ke kawasan yg terjejas



Sekolah ditenggelami air

Dewan orang ramai dan gelanggang sukan yang ditenggelami air

Jalan utama yang telah ditenggelami air menyebabkan terputusnya hubungan

Sebuah rumah yang ditenggelami air




No comments: