Friday, December 6, 2013

Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Kuantan Pahang

Sekali lagi pemuda kampung mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir di Kuantan baru-baru ini. Misi pertama pada 6 Dec 2013(Jumaat) dengan membawa barangan seperti makanan,ubat nyamuk,air minuman,pakaian,lilin dan sebagainya yg mana destinasi yang dipilih adalah Kuantan. Di sana kami bergabung dengan beberapa badan NGO yang rata-rata dari Selangor mengagihkan makanan dari rumah ke rumah terutama di kawasan paling teruk iaitu Sg Isap. Kelihatan penduduk sedang sibuk membersihkan rumah. Ada beberapa kawasan dan rumah yang masih belum surut. Kami juga berkesempatan berjumpa dan berbual dengan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Saleh dan kelihatannya beliau tersangat letih.

Hujan sepanjang perjalanan

Antara rumah yang masih banjir

Sampah sarap sepanjang jalan di bandar Kuantan

Mengagihkan bantuan di pusat pemindahan sementara










Roti yang akan diagihkan kepada penduduk Sg Isap


Mengagihkan makanan dan minuman dari rumah ke rumah



Bertemu dan berbual dengan YB Fuziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan



No comments: